BEKAS kapten bola sepak Rusia, Igor Denisov merupakan atlet berprofil tinggi antara yang membantah peperangan ke atas Ukraine.
Denisov menyifatkan serangan tersebut sebagai bencana dan mimpi ngeri kepada negara Soviet tersebut.
Bekas pemain ini melontarkan pandangannya semasa sesi wawancara bersama Arustamyan yang disiarkan di Youtube Nobel.
“Mungkin mereka akan meletakkan saya ke dalam penjara atau bunuh saya atas apa yang saya cakap di sini, tetapi ini adalah realitinya,” katanya.
Sementara itu, dia turut mendedahkan telah mengirim sepucuk surat kepada Vladimir Putin membantah kekejaman mereka terhadap penaklukan Ukraine.
“Saya pernah berkata kepadanya saya sanggup melutut demi peperangan ini tamat,” tambah Denisov.
Dalam pada itu, media Rusia juga harus berhati-hati dalam pewartaan berita kerana bakal disaman sekiranya mereka menggunakan terma ‘perang’ atau ‘penaklukan’ untuk menggambarkan situasi yang melanda Ukraine.
Media Ukraine juga memadam beberapa komen yang dilontarkan bekas kapten itu ketika sesi wawancara bersama Arustamyan dijalankan manakala laman sesawang popular Rusia, sports.ru pula terpaksa menukar istilah perang dan penaklukan kepada ‘kehidupan selepas 24 Februari.