LEGENDA bola sepak negara, Datuk Soh Chin Ann dan Datuk Santokh Singh meluangkan masa bersama pasukan bola sepak wanita Negeri Sembilan (NS Womens).

Mereka hadir dalam satu perlawanan persahabatan yang turut melibatkan Kelab Diraja Sungei Ujong (RSUC) di Padang Sintetik PBNS, baru-baru ini.

Chin Ann dan Santokh Singh merupakan antara dua bekas pemain kebangsaan yang kini tersenarai di dalam FIFA Century Club, masing-masing dengan 195 dan 100 penampilan antarabangsa.

Chin Ann ‘beraksi’ menentang NS Womens.

Kedua-dua legenda tersebut kemudiannya beramah mesra dan menjamu selera bersama pemain dan barisan jurulatih NS Womens di ZA Cafe, Wisma PBNS selain memberikan kata-kata semangat kepada semua yang terlibat.

“Terima kasih diucapkan kepada Soh Chin Ann, Santokh Singh dan RSUC di atas sokongan tidak berbelah bahagi ! ,” menurut ciapan Twitter Negeri Sembilan FA @PBNS1923 pada Selasa.

Turut hadir ialah EXCO Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, YB Puan Nicole Tan Lee Koon, Bendahari PBNS, Michael Ong Teik Loon, Pengarah Teknikal PBNS, Mohd Ishak Kunju Mohd dan barisan jawatankuasa RSUC.