PEMAIN pertahanan tengah Belanda, Matthew Steenvorden menyertai Terengganu FC pada musim 2024/25, selepas kontrak tamat dengan Pakhtakor, sebuah kelab di Uzbekistan.
Steenvoorden adalah pemain dari Feyenoord Rotterdam, sebuah kelab besar di Eredivisie sejak akademi remaja sehingga mereka beralih ke tahap profesional.
Dia kemudian berpindah untuk bermain dengan pasukan lain menerusi kontrak pinjaman bersama kelab Excelsior dan Dordrecht.
Bagi menambah ‘resume‘, pemain berketinggian 1.88 meter itu bermain di rantau Asia bersama Pakhtakor Tashkent pada perlawanan pertama musim 2023/24.
𝐌𝐚𝐭𝐭𝐡𝐞𝐰 𝐒𝐭𝐞𝐞𝐧𝐯𝐨𝐨𝐫𝐝𝐞𝐧 is Black & White! 🏴🏳️#MS4#TerengganuFC #WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/fIjWvI5aYt
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) February 15, 2024
Steenvoorden ialah pemain baharu Terengganu FC ke-5 musim 2024/25 selepas kemasukan Akram Mahinan, Safawi Rasid, Akhyar Rashid, dan Ismaheel Akinade.
Dia dijangka bersaing dengan seorang lagi awang import, Argzim Redzovic, Shahrul Nizam Ros Hasni, Safwan Mazlan dan Ubaidullah Shamsul Fazili di posisi slot bek tengah dalam kesebelasan utama skuad Peteh.