MASIHKAH anda ingat rali panjang sehingga 211 pukulan dihasilkan pada perlawanan beregu wanita antara Pearly Tan-M Thinaah menentang pemain Jepun, Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto tahun lalu?

Semuanya itu berlaku dalam kejohanan Masters Malaysia dan jika anda tidak mahu terlepas aksi-aksi penuh debaran, jangan menunggu lama untuk mendapatkan tiket mennyaksikan perlawanan bertaraf antarabangsa di Axiata Arena bermula 21 hingga 26 Mei hadapan.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengajak pencinta sukan badminton membeli tiket lebih awal pada harga istimewa.

“Supaya tidak terlepas keseronokan, peminat digalakkan merebut peluang dalam kempen tiket ‘Early Bird” yang berlangsung dari 8 hingga 22 April,” kata BAM dalam satu kenyataan.

Ujar BAM, melalui pembelian tiket awal, peminat boleh mendapatkan tempat duduk pada kadar diskaun dan mengelakkan berasa kecewa.

Pearly Tan-M Thinaah menempuh tiga perlawanan dalm rali yang panjang pada kejohanan Masters Malakysia 2023.

Dalam perkembangan lain, BAM memperkenalkan kategori ‘Platinum’ untuk tiket harian dan berrmusim, menggantikan kategori ‘Superfan’ sebelum ini.

“Perubahan ini bertujuan meningkatkan keistimewaan kepada peminat, dengan kategori ‘Platinum’ tersedia dengan tawaran awal,” kata kenyataan itu.

Tambah BAM, Jawatankuasa Penganjur Masters Malaysia menggesa peminat untuk memanfaatkan kempen ‘Early Bird’ untuk mendapatkan tiket mereka pada kadar yang berpatutan.

Untuk pembelian tiket dan maklumat lanjut, sila layari www.ticket2u.com.my dan jualan tiket akan bermula pada Isnin ini, 8 April 2024, jam 11 pagi.