ADAKAH jurulatih berpengalaman, Azraai Khor Abdullah bakal membuat kemunculan kembali dalam arena bola sepak negara sebagai Pengarah Teknikal.
Spekulasi berkenaan timbul selepas bekas pengendali Kedah dan Perak dalam satu laporan eksklusif oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan kononnya mengisi jawatan di sebuah kelab utara tanah air.
Bagaimanapun, ketika dihubungi FLASH SUKAN, jurulatih berusia 72 tahun itu menafikan dan menyifatkan sebagai khabar angin.
Penang FC tamatkan khidmat Pengarah Teknikal dan Pengurus Pasukan. Difahamkan, bekas jurulatih double treble Kedah Azraai Khor Abdullah bakal dilantik sebagai Pengarah Teknikal Penang FC yang baru. pic.twitter.com/Z9i4DEPTZV
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) August 28, 2023
“Rumours lah. Pagi tadi saya tengok, lepas itu member banyak forward Zul punya mesej dan dapat banyak ucapan tahniah dan sebagainya.
“Saya sendiri tak tahu apa dan pihak Penang pun tak ada communicate apa pun. Tapi few years back masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) itu adalah masa mereka open untuk teknikal direktor.
“Saya ada offer myself dan kemudian hadiri temuduga online masa itu dan lepas tu saya belum dapat lagi kata putus.
“Memang saya pernah pergi interviu dengan Penang FC dan saya tunjuk minat nak bawa pasukan. Setakat ini memang khabar angin sajalah.
“Pihak pengurusan tak ada communicate lagi. Kalau ada okey juga. Insya-Allah lah,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN : Penang FC pecat pengarah teknikal dan pengurus pasukan
Hari ini, pengurusan Penang FC telah memutuskan untuk menamatkan khidmat Pengarah Teknikal Kelab, Kamal Kalid dan Pengurus Pasukan Liga Super Penang FC, Ong Eng Hua dengan serta merta.