ENGLAND melangkah ke suku akhir Piala Dunia 2022. The Three Lions menewaskan Senegal 3-0 menerusi Jordan Henderson, Harry Kane dan Bukayo Saka di Stadium Al Bayt, awal pagi Isnin tadi.

Senegal memaksa finalis Euro 2021 itu bermain di bawah tekanan, tetapi serangan pantas disempurnakan oleh Henderson untuk gol pembukaan pada minit ke-38.

Kane menggandakan kelebihan sebelum separuh masa pertama tamat, manakala Bukayo Saka mengukuhkan England dengan jaringan pada minit ke-57.

Kelebihan itu dikekalkan dengan baik oleh England untuk menutup perlawanan dengan kemenangan meyakinkan 3-0. Skuad kendalian Gareth Southgate layak ke suku akhir dan mencabar Perancis.

England: Jordan Pickford; Kyle Walker, John Stones (Eric Dier 77′), Harry Maguire, Luke Shaw; Jordan Henderson (Kalvin Phillips 82′), Declan Rice, Jude Bellingham (Mason Mount 76′); Bukayo Saka (Marcus Rashford 65′), Harry Kane, Phil Foden (Jack Grealish 65′)

Senegal: Edouard Mendy; Youssouf Sabaly, Kalidou Koulibaly, Abdou Diallo, Ismail Jakobs (Fode Ballo-Toure 84′); Pathe Ciss (Pape Gueye 46′), Nampalys Mendy; Krepin Diatta (Pape Sarr 46′), Iliman Ndiaye (Bamba Dieng 46′), Ismaila Sarr; Boulaye Dia (Famara Diedhiou 72′)