BENJAMIN Mendy dilaporkan telah melancarkan tuntutan berjuta-juta pound terhadap kelab Manchester City atas gajinya yang tidak dibayar.
Pemain pertahanan yang berusia 29 tahun itu telah memfailkan tuntutan dengan Tribunal Pekerjaan atas pengurangan gaji yang tidak dibenarkan.
Dia telah dibebaskan dari tuduhan merogol dan cubaan merogol pada bulan Julai, awal tahun ini.
Pembebasan tersebut membawa kepada juri yang membebaskan Mendy dari enam dakwaan merogol dan satu percubaan serangan seksual pada bulan Januari.
Kerjaya bola sepak Mendy telah ditangguhkan selama lebih dari dua tahun selepas dia dituduh menyerang dua wanita dalam sebuah parti di rumah agamnya di Cheshire.
Dia kini kembali ke bola sepak profesional dengan pasukan Ligue 1 Perancis, FC Lorient lima hari selepas dibebaskan dan telah membuat penampilan sulungnya pada September lalu.
Menurut laporan Sky Sports News, Mendy kini menuntut pulangan gaji yang terhutang sehingga kontraknya tamat, iaitu berakhir pada bulan Jun.
Satu kenyataan daripada peguam Nick De Marco KC, yang bertindak sebagai pembela pihak Mendy, berkata: “Nick de Marco KC (diarahkan oleh Laffer Abogados (Madrid) bertindak untuk bekas pemain Manchester City, Benjamin Mendy dalam tuntutan berjuta-juta paun untuk potongan gaji yang tidak dibenarkan.”
“Manchester City FC telah gagal membayar sebarang gaji kepada Mendy dari September 2021, berikutan Mendy didakwa dengan pelbagai kesalahan yang kemudiannya dibebaskan, sehingga akhir kontraknya pada bulan Jun 2023. Tuntutan itu akan dibawa ke Tribunal Pekerjaan.”
Terdahulu, penampilan terakhir Mendy dalam Liga Perdana adalah pada Ogos 2021 dalam kekalahan 1-0 untuk Man City menentang Tottenham.
Dalam satu kenyataan melalui peguamnya selepas dibebaskan, Mendy telah berikrar untuk ‘membina semula hidupnya’.
Jenny Wiltshire, Ketua Jenayah Berat dan Am di Hickman & Rose, berkata: “Benjamin Mendy ingin berterima kasih kepada kepada anggota juri kerana memfokuskan pada bukti dalam perbicaraan ini, dan bukannya pada khabar angin dan sindiran yang mengikuti kes ini sejak awal.”
“Ini merupakan kali kedua Mendy telah diadili dan didapati tidak bersalah oleh juri. Dia gembira kerana kedua-dua juri mencapai keputusan yang betul. Sudah hampir tiga tahun sejak polis mula menyiasat perkara ini.”
“Mendy telah cuba untuk kekal kuat namun proses itu tidak dapat dielakkan, mempunyai kesan yang mendalam kepadanya. Dia turut berterima kasih kepada semua orang yang telah menyokongnya sepanjang pengalaman pahit ini dan kini meminta privasi supaya dia boleh mula membina semula hidupnya,” tambahnya.