KARIM Benzema, Thibaut Courtois dan Kevin De Bruyne adalah tiga nama teratas dari 15 pemain yang diumumkan untuk merebut anugerah Pemain Lelaki Terbaik UEFA 2021/2022.
Pemenang akan diumumkan bersama-sama Jurulatih Lelaki Terbaik UEFA, Jurulatih Wanita Terbaik UEFA dan Pemain Wanita Terbaik UEFA ketika upacara undian peringkat kumpulan Liga Juara-Juara UEFA 2022/2023 di Istanbul pada 25 Ogos depan.
Bintang Real Madrid dan Perancis, Karim Benzema telah dinamakan Pemain Terbaik Liga Juara-Juara UEFA 2021/2022 selepas membantu Real Madrid untuk menjuarai rekod 14 kejuaraan Eropah dan yang kelima peribadinya sejak 2009. 15 gol yang dijaringkannya juga meletakkan dia sebagai penjaring terbanyak kejohanan.
✨ NOMINEES: UEFA Men's Player of the Year 2021/22 ✨
🇲🇫 Karim Benzema
🇧🇪 Thibaut Courtois
🇧🇪 Kevin De Bruyne🗓️ #UEFAawards winners announced at the #UCLdraw, 25 August 2022 🏆 pic.twitter.com/A1F3ndHIbr
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) August 12, 2022
Teman sepasukan Benzema di Real Madrid dan pemain antarabangsa Belgium, Thibaut Courtois pula dicalonkan apabila penjaga gol ini memenangi La Liga bersama Madrid dan muncul Pemain Terbaik ketika perlawanan akhir Liga Juara-Juara selepas melakukan beberapa penyelamatan yang baik dari Sadio Mane dan Mohamad Salah untuk menghampakan Liverpool ketika aksi di Paris.
Seorang lagi pemain Belgium dan Manchester City, Kevin De Bruyne dicalonkon dalam tiga terbaik buat kali ketiga berturut-turut. Dia dinamakan Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris selepas beraksi cemerlang membantu City muncul juara liga yang juga kejuaraan keempat peribadinya sepanjang tujuh musim bermain di kelab itu.
Sebelas agi pemain yang dicalonkon adalah Robert Lewandowski, Luka Modrić, Sadio Mane, Mohamed Salah, Kylian Mbappe, Vinícius Junior, Virgil van Dijk, Bernardo Silva, Filip Kostić, Lorenzo Pellegrini, Trent Alexander-Arnold dan Fabinho.
Kesemua senarai pendek 15 pemain ini telah dipilih oleh kumpulan teknikal UEFA yang kemudiannya akan diundi berdasarkan persembahan keseluruhan musim dalam semua pertandingan, domestik dan antarabangsa di peringkat kelab dan juga ketika mewakili pasukan kebangsaan.
✨ NOMINEES: UEFA Men's Coach of the Year 2021/22 ✨
🇮🇹 Carlo Ancelotti
🇪🇸 Pep Guardiola
🇩🇪 Jürgen Klopp🗓️ #UEFAawards winners announced at the #UCLdraw, 25 August 2022 🏆 pic.twitter.com/teZscBkt35
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) August 12, 2022
Turut diumumkan adalah tiga nama untuk Anugerah Jurulatih Lelaki Terbaik UEFA 2021/2022 iaitu jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti, pengurus Manchester City, Josep Guardiola dan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp.
Untuk musim 2020/2021, Jorginho memenangi anugerah Pemain Terbaik Lelaki UEFA manakala Roberto Mancini membawa pulang anugerah Jurulatih Lelaki Terbaik UEFA selepas kedua-dua mereka cemerlang membantu Itali muncul juara Kejohanan Euro 2020.