KETUA Jurulatih UiTM Shah Alam, Yazli Yahya menzahirkan kesyukuran setelah skuad bimbingannya berjaya menundukkan pasukan lawan dalam aksi Piala Sumbangsih Liga IPT musim 2022/2023 malam tadi.
Biarpun begitu, dia menyedari masih terdapat banyak ruang yang perlu diperbaiki skuad kendaliannya kerana sering hilang kawalan bola di bahagian tengah padang.
“Pertama sekali syukur ke hadrat Ilahi kerana UiTM Shah Alam berjaya mengekalkan kejuaraan liga pada tahun ini.
“Kita akan cuba perbaiki kelemahan -kelemahan yang ada terutama di bahagian pertahanan apabila menyaksikan kita mudah dibolosi,” jelasnya kepada media selepas perlawanan Piala Sumbangsih malam tadi.
Sementara itu, dia menjelaskan post mortem akan dilakukan menjelang aksi saingan liga berikutnya yang sudah pasti menjanjikan aksi lebih mencabar.
“Kita ada lagi 11 perlawanan mendatang dan pastinya kami akan buat yang terbaik dalam baki perlawanan pada musim baharu ini,”katanya .
UiTM Shah Alam berjaya mengekalkan rekod juara bertahan selepas kali terakhir melakukannya pada edisi 2019.
Kejohanan tersebut terpaksa dibatalkan ekoran penularan wabak Covid-19 selama dua tahun dari 2020 dan 2021 dan kembali dilangsungkan pada tahun ini.