TAMPUK teratas Liga Super kekal milik Johor Darul Ta’zim (JDT) yang merakam kemenangan keempat berturut-turut dengen menumpaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim, Ahad malam.
Bergson Da Silva menjaringkan gol pembukaan seawal minit ketujuh, namun TFC menyamakan kedudukan menerusi Kpah Sherman pada minit ke-31.
Selang dua minit kemudian, Bergson menanduk masuk hantaran lintang Arif Aiman untuk gol kedua JDT.
Sabah FC melonjak tangga kedua apabila meraih kemenangan dalam ‘Borneo Derby’ dengan menewaskan Sarawak United 1-0 di Stadium Negeri, Kuching.
Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Baddrol Bakhtiar, yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-80.
Sementara itu di Petaling Jaya, Selangor FC meraih kemenangan pertama musim ini dengan membelasah Kedah Darul Aman FC 4-1.
25′ GOALLLLLLLLLL MUKHAIRI AJMALL!!!#MKLK #SFCKDA #LS4#JatuhBangunBersama #LigaSuper2022 pic.twitter.com/AO51fyl5bF
— Selangor FC (@selangorfc) April 10, 2022
Pasukan tuan rumah mendahului 2-0 pada separuh masa pertama menerusi Mukhairi Ajmal dan Caion, manakala Nor Hakim Hassan dan Caion sekali lagi menembusi gawang Kedah pada babak kedua untuk kedudukan 4-0.
Manakala Fayadh Zulkifli Amin menjaringkan gol saguhati skuad Sang Kenari pada masa kecederaan.