PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan kata-kata semangat kepada pasukan bola sepak negara, Harimau Malaya menjelang saingan Piala Asia 2023 yang bakal membuka tirainya 12 Januari ini di Doha.
Beliau berkongsi ucapan di semua laman sosial miliknya pada Khamis.
“Selepas 42 tahun, kini Harimau Malaya kembali beraksi di pentas Piala Asia 2023 di Qatar.
Selepas 42 tahun, kini Harimau Malaya kembali beraksi di pentas Piala Asia 2023 di Qatar.
Selamat berjuang saya ucapkan dan saya menaruh keyakinan tinggi pasukan kendalian jurulatih Kim Pan Gon mampu beri saingan mantap dalam kejohanan kali ini.
Mewakili seluruh rakyat… pic.twitter.com/h5VQeN0by6
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) January 4, 2024
“Selamat berjuang saya ucapkan dan saya menaruh keyakinan tinggi pasukan kendalian jurulatih Kim Pan Gon mampu beri saingan mantap dalam kejohanan kali ini.
“Mewakili seluruh rakyat Malaysia, saya mendoakan kejayaan buat skuad Harimau Malaya. Berjuanglah sepenuh jiwa demi lencana di dada!
“Kepada peminat bola sepak negara, saksikan secara langsung di RTM dan ayuh kita berikan sokongan sebaiknya!,” tulisnya .
Skuad Harimau Malaya bakal memulakan aksi bagi saingan Kumpulan E bertemu Jordan pada 15 Januari, diikuti Bahrain (20 Jan) dan Korea Selatan 25 Jan.