FOTO : KDA FC
JONATHAN Balotelli mengucapkan terima kasih kepada peminat pengurusan Kedah Darul Aman (KDA) FC selepas sudi menerimanya menjadi sebahagian skuad Hijau Kuning.
Pemain berusia 33 tahun kelahiran Rio De Janeiro mengakui tidak sabar meneruskan cabaran baharu di Malaysia bersama pasukan Liga Super dari utara itu.
Semalam, penyerang posisi penyerang asal Brazil secara rasmi menyertai Sang Kenari dari kelab K2 Korea Selatan, Jeonnam Dragons FC bagi tempoh semusim.
“Saya sangat gembira menjadi sebahagian daripada keluarga Kedah Darul Aman FC dan terima kasih atas kasih sayang dari anda semua.
“Saya sudah bersedia untuk cabaran baharu ini. Ayuh Kedah ! ,” tulisnya menerusi Instagram.
Kehadiran Balotelli akan mengisi barisan penyerang Kedah bersama seorang lagi pemain Brazil, Willian Lira dan pemain tempatan Aiman Afif.
Balotelli mencatatkan rekod jaringan sebanyak 11 gol melalui 32 penampilannya bersama Joennam Dragon FC sejak musim 2021 hingga 2022.
ARTIKEL BERKAITAN : Jonathan Balotelli isi kuota import penyerang Sang Kenari