PEMAIN pertahanan Besiktas, Eric Bailly telah diusir dari pasukan itu hanya 98 hari selepas menyertainya.
Bekas pemain Manchester United itu adalah antara lima pemain yang dipecat oleh kelab itu.
Satu kenyataan Besiktas menulis: “Maklumat dari kelab kami. Lima pemain dari Pasukan Bola Sepak A kami telah dikecualikan dari skuad.”
“Koordinator Jeneral Bola Sepak kami, Samet Aybaba, mengumumkan bahawa Vincent Aboubakar, Valentin Rosier, Eric Bailly, Rachid Ghezzal, dan Jean Onana telah dikecualikan dari pasukan disebabkan prestasi yang lemah dan ketidakserasian dalam pasukan.”
“Kerja kami terhadap struktur kakitangan baharu diteruskan. Kami dengan hormat membentangkannya kepada orang ramai.”
Bailly menyertai United dari Villarreal pada 2016 tetapi dia mempunyai prestasi yang tidak konsisten sepanjang berada di Manchester.
Dia telah dipanjamkan ke ke Marseille pada musim panas 2022 dan membuat sebanyak 23 penampilan secara keseluruhan.
Namun, dia terlalu jauh dari senarai pemain pilihan Erik ten Hag, yang menyebabkan kepada perpindahannya ke Turki.
Bailly mengalami masalah kecederaan musim ini yang membawa kepada hanya lapan penampilan dalam pasukan Besiktas. Dia kini meninggalkan pasukan itu dengan hampir separuh musim dimainkan.
Pemergian Bailly berlaku selepas seorang ejen mengutuknya. Seorang ejen yang membantu menguruskan perpindahan ke Besiktas menuduh bek tengah itu berhutang wang kepadanya, menurut The Mirror.
Pihak Bailly berkata individu yang tidak disebutkan namanya telah menghantar puluhan mesej mengganggunya di WhatsApp.
Sebahagian daripadanya termasuk ancaman tindakan undang-undang serta keganasan fizikal dan memperingingatkan Bailly bahawa dia akan “menghantar orang” kepadanya.
Isu ini telah dilaporkan kepada Besiktas yang berjanji untuk melaporkannya kepada polis dan FIFA juga mungkin terlibat kerana mereka mengendalikan ejen.
Bailly secara rasmi diwakili oleh bapa saudaranya, Severin Bohui, seorang ejen berlesen penuh bertegas bahawa individu yang mengugut Bailly sama sekali tidak terlibat dalam perjanjian bersama pasukan gergasi Turki itu.