ENGGAN isu pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024 memberi kesan kepada fokus atlet, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mahu polemik pendapat itu dihentikan.

Menurut Hannah, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu semua pihak melupakannya dan bersatu hati menyokong persiapan atlet ke temasya itu yang akan bermula kurang sebulan dari sekarang.

Artikel Berkaitan:

MOM tukar rekaan pakaian kontinjen Malaysia

Tidak guna baju cantik tapi gagal bawa pulang emas

“Tiada sebab untuk salahkan Hamidin” – Menteri Belia dan Sukan

Baju kontinjen negara mengecewakan: Penganjur Hari Olimpik Malaysia 2024 mohon maaf

“Kalau kita di sini nak salahkan pihak A, pihak B, tidak akan habis. Dalam isu sukan bukan saja KBS, semua pihak memainkan peranan seperti Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan saya mahu kita pergi (ke Paris) secara harmoni sebagai satu pasukan.

Bukan rekaan pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024 sahaja mendapat kritikan, gimik pelancaran juga “mengerikan”.

“Saya tak nak atlet dengar… KBS gaduh dengan MOM. Kita semua ada hubungan yang bagus. Kita lancarkan #KitaSemuaTeamMAS itu betul-betul memegang jiwa seperti itu, apabila kita pergi,” katanya, selepas Majlis Pembukaan Kejohanan Sukan Tempur Peringkat Kebangsaan di Universiti Putra Malaysia.

Dalam pada itu, Hannah menyambut baik pendirian MOM untuk menambah baik pakaian rasmi Kontinjen Malaysia yang akan dipakai pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 selepas menerima kritikan pelbagai pihak sebelum ini.