PEMENANG pingat perak Olimpik Rio, Chan Peng Soon semakin hilang sinarnya apabila tersingkir seawal pusingan kedua kedua Indonesia Masters II, bersama gandingan Cheah Yee See.

Bagaikan barah yang semakin merebak, penyertaan mereka di kejohanan kecil sebegini juga tidak mampu mereka tangani.

Impian Chan Peng Soon untuk beraksi di Olimpik bersama pasangan berbeza nampaknya tidak akan menjadi kenyataan.

Gandingan berpengalaman negara itu diletakkan selaku pilihan ketiga kejohanan, namun gagal mempamerkan aksi selaku pemain berpengalaman, apabila tunduk kepada gandingan Korea Selatan, Kim Young Hyuk-Kim Hyerin 21-11, 16-21, 22-24.

Turut tersingkir awal, gandingan Choong Hon Jian-Go Pei Kee, yang dilihat belum cukup menjadi apabila mereka yang muncul naib juara Cabaran Antarabangsa Indonesia di Surabaya minggu lalu, tersingkir seawal pusingan kedua Indonesia Masters II.

Choong Hon Jian-Go Pei Kee (baju hijau) belum cuku[ serasi dan konsisten.

Beregu campuran negara yang menghuni tangga ke-74 dunia itu tewas 21-16, 23-25, 17-21, kepada pasangan muda Indonesia, Zaidan Arrafi Awal Nabawi-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu, yang menghuni ranking 155 dunia.

Ahad lalu, Hon Jian-Pei Kee yang diletakkan sebagai pilihan utama Kejohanan Cabaran Antarabangsa Indonesia itu tewas kepada pilihan kedua dari Jepun, Hiroki Nishi-Akari Sato 20-21, 21-18, 14-21 di final.