KELAB bola sepak Juventus sedang menanti keputusan terkini mengenai pemain tengah mereka, Paul Pogba yang didapati positif dalam pengambilan dadah.

Dalam penerangan yang diberikan oleh pengendali Juventus, Massimiliano Allegri mungkin akan memutuskan kontraknya jika dia benar-benar bersalah dalam ujian sukan yang dilakukan tersebut.

Pogba yang telah dipercayai mengambil dadah untuk meningkatkan prestasi sukannya telah gagal dalam ujian doping pertama pada 20 Ogos lepas.

Sejurus itu, Agensi anti-doping telah menggantung pemain Perancis ini yang hanya menerima gaji minimum di Turin dan dia tidak dibenarkan berlatih bersama pasukan yang lain.

Allegri juga menyatakan kepada siaran media BBC Sport, Juventus masih lagi menunggu berita selanjutnya dan tiada jangkaan tepat yang boleh dibuat ketika ini.

Pogba dan peguamnya boleh bersiap sedia untuk membela diri dalam ujian sukan yang akan dilakukan kecuali jika pemain Perancis ini ingin memohon terus perjanjian penyelesaian kes.

Secara ringkasnya, Pogba mungkin akan digantung selama dua hingga empat tahun susulan sebelum ini juga dia telah menunjukkan kepada doktor bahawa kesan ubat sampingan yang diambil mungkin menyebabkan ujian doping gagal pada 20 Ogos lalu.