LEGENDA Pakistan, Sohail Abbas sah dilantak sebagai penolong jurulatih skuad hoki kebangsaan bagi membantu melancarkan lagi mutu permainan hoki di Malaysia.
Perkara ini diumum sendiri oleh Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal yang turut menyatakan kontrak Sohail selama setahun dan mula berkuatkuasa hari ini, 1 Oktober 2024.
Menurut Subahan, pengalaman dan pengetahuan yang ada pada diri jurulatih berusia 49 tahun itu amat bermakna dan paling ditagih buat skuad Malaysia, terutama dari segi pukulan sudut penalti.
“Namun, tugas Sohail bukan sahaja menajamkan pukulan penalti tetapi pengalaman yang dimilikinya sebagai belas pemain amat diperlukan untuk memantapkan prestasi skuad kebangsaan.
“Kami berharap dengan kehadiran Sohail, skuad kebangsaan dapat meningkatkan peluang sebanyak 30 hingga 40 peratus jaringan daripada hasil pukulan sudut penalti yang membolehkan pasukan kita menang,” ujar Subahan Kamal ketika dalam sesi sidang media pada Selasa.
Untuk rekod, Sohail pernah memegang rekod sebagai penjaring terbanyak dunia, sekali gus beraksi di pentas Olimpik sebanyak tiga kali pada edisi 2000, 2004 dan 2012. Beliau juga merupakan pemenang pingat emas di Sukan Asia tahun 2010.
Dengan lebih jelas, kecemerlangan Sohail sebelum ini yang berjaya menghasilkan 348 jaringan dalam keseluruhan penampilan 311 caps dalam skuad hoki kebangsaan Palestin pasti memberi bayangan positif untuk masa hadapan skuad kebangsaan kita, Speedy Tigers.