BIRMINGHAM City memecat pengurusnya, Wayne Rooney hanya selepas 83 hari memimpin kelab itu.

Rooney, 38, dilantik pada 11 Oktober lalu menerusi pemecatan kontroversi John Eustace, ketika Blues menghuni tangga keenam Liga Kejuaraan.

Kini, kelab terbabit menghuni tangga ke-20, hanya enam mata di atas zon penyingkiran.

Sejak mengambil alih kelab itu, mereka berdepan sembilan kelalahan daripada 15 perlawanan dan hanya dua kali menang.

Sejak bergelar pengurus, reputasi Wayne Rooney belum benar-benar menonjol. |Foto Agensi

“Birmingham City hari ini berpisah dengan pengurus, Wayne Rooney dan juurlatih pasukan utama Carl Robinson mengambil alih tugasnya,” kata kelab terbabit.

Meskipun sudah berusaha sebaik mungkin, pengurusan kelab berasakan pencapaian Rooney tidak memenuhi jangkaan mereka sehingga mengambil keputusan memecatnya.

Rooney menerusi hantaran di aplikasi X dipetik sebagai berkata, “Saya ingin mengucapkan terima kaish kepada Tom Wagner, Tom Brady dan Garry Cook atas peluang untuk menguruskan Birmingham City FC dan sokongan yang mereka semua berikan kepada saya sepanjang tempoh singkat saya bersama kelab.

Bola sepak adalah perniagaan dan saya sedar mereka belum berada pada tahap yang saya mahukan. Saya percaya tempoh 13 minggu belum cukup untuk melihat perubahan yang diinginkan.” -Agensi