PEMAIN legenda bola sepak dunia, Bobby Charlton yang meninggal dunia dalam usianya 86 tahun berpunca daripada serangan penyakit demensia.

Khabar duka yang menyapa seluruh peminat bola sepak pada Sabtu lalu telah menzahirkan rasa kehilangan yang mendalam sejurus muncul perasaan hiba dalam diri masing-masung.

Bobby yang memulakan kariernya sebagai pemain muda dengan Manchester United pada tahun 1953 telah mencatat rekod gol sebanyak 249 dalam keseluruhan 758 perlawanan bersama kelab United dalam tempoh gemilang itu.

Anak kelahiran Ashington ini pernah menjuarai Piala Dunia England yang ikonik pada 1966 bersama kelab United dan dia memainkan peranan penting dalam kemenangan tersebut.

United dan pasukan kebangsaan England antara yang turut bersedih dengan berita kehilangan ini dengan United menggambarkan Bobby sebagai salah seorang pemain terbaik dalam sejarah kelab mereka, sementara England menganggapnya sebagai legenda sejati dalam dunia bola sepak.

Sementara itu, David Beckham yang juga adalah seorang ikon bola sepak telah mengungkapkan takziah dan penghargaannya kepada Bobby yang dikatakan wira sebenar bola sepak.

Jelas dengan pemergian Bobby ini, ia menandakan satu pengakhiran lagenda lama bola sepak dari satu era baru dalam sejarah bola sepak.

Tambahan, keluarga Bobby telah mengeluarkan kenyataan kepada Daily Mail dengan mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan dan dorongan serta memohon agar privasi keluarga dihormati dalam saat-saat duka ini.