PEMAIN boccia para lelaki negara, Abdul Razzaq Abdul Rahman tersingkir daripada saingan Kumpulan C selepas tewas kepada pemain dari Ukraine, Kolinko Artem.

Abdul Razzaq yang bermain dalam kategori BC4 (Kecacatan Fizikal) tewas dengan keputusan 1-4 sekaligus meletakkanya di kedudukan keempat kumpulan selepas tiga perlawanan.

Dua pemenang teratas layak ke suku akhir.

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D.Shahriman Zaharudin bersama Abdul Razzaq selepas perlawanan hari ini.

“Permainan semua okay. Tapi pengalaman memainkan peranan dalam perlawanan ini.

“Selepas ini saya akan teruskan lagi permainan saya dalam kejohanan-kejohanan lain,” jelasnya selepas perlawanan.

Pemain berusia 21 tahun itu sebelum ini tewas kepada pemian Great Britain Mcguire Stephen (0-8) dan Canada Ciobanu Lulian, 4-6.