JURULATIH Persib Bandung, Bojan Hodak memuji prestasi pasukannya selepas berjaya mengikat Persija Jakarta dengan keputusan seri 1-1 penuh dramatik dalam aksi Liga 1 Indonesia.
Persib berjaya mencuri satu mata pada perlawanan yang diadakan di Stadium Patriot Candrabhaga, Bekas, pada Sabtu
Persija terlebih dahulu mendahului pada minit ke-14 menerusi tandukan Marko Simic sebelum Persib kemudiannya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi jaringan David da Silva pada minit ke-85.
Selepas perlawanan itu, Bojan Hodak menilai kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang baik.
Fight until the end #PERSIB 🔥 pic.twitter.com/YmZS3BvqoJ
— PERSIB (@persib) September 2, 2023
“Saya rasa ini derby yang bagus di mana kedua-dua pasukan boleh mempamerkan aksi terbaik mereka. Saya lihat pada separuh masa pertama dan kedua kami dominan dalam mengawal bola dan mencipta peluang walaupun lawan mempunyai satu peluang untuk menjaringkan gol.
“Pada separuh masa kedua saya menambah serangan yang lebih tajam dengan sayap dan penyerang. Kemudian apabila Persija mendapat kad merah dan kami menambah barisan hadapan untuk meningkatkan serangan melalui sayap.
“Saya fikir ini adalah derby yang bagus dan saya kecewa ketika perlawanan di sini. Terdapat banyak peluang,” tambah Hodak.
Hadapi 10 pemain di sisa menit pertandingan. Manfaatkan dengan maksimal #PERSIB 🔥#PERSIBDAY pic.twitter.com/MHlSGF84QW
— PERSIB (@persib) September 2, 2023
Hodak turut memuji David da Silva yang menjaringkan gol dalam perlawanan ini.
“Sudah tentu saya memberi David peluang untuk bermain. Dia baru pulih daripada kecederaan dan dia telah berlatih beberapa kali secara berperingkat dan tidak boleh terus ke sesi latihan penuh.
” Saya rasa David bukan sekadar menjaringkan gol tetapi saya memerlukan seseorang yang boleh memberi lebih perhatian kepada pertahanan mereka,” katanya lagi.
Skuad Pangeran Biru kini berada di kedudukan kesembilan liga, mengutip 15 mata hasil tiga menang dan enam seri.