ATLET powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin merangkul pingat emas keempat Malaysia di Sukan Komanwel 2022 apabila memenangi acara lightweight lelaki dengan rekod baharu temasya di Birmingham pada Jumaat.
Dia yang berusia 23 tahun itu menjadi atlet para Malaysia pertama memenangi gelaran di temasya itu.
Bonnie, pemegang rekod dunia dan juara Paralimpik, memperoleh 154.6 mata, merupakan rekod baharu selepas angkatan 210kg, 216kg dan 220kg di NEC di West Midlands.
Syabas Bonnie! 🇲🇾
Malaysia raih pingat emas ke-4 🥇 menerusi Bonnie Bunyau Gustin dalam acara powerlifting kategori lightweight lelaki.
Jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau juga berjaya memecah rekod Sukan Komanwel dengan angkatan seberat 220 kg 🇲🇾#MalaysiaBoleh #B2022 pic.twitter.com/DCX1G9NXrd
— Olympic Malaysia 🇲🇾🥇 (@olympicmas) August 4, 2022
“Pingat ini saya tujukan kepada mak ayah saya, baru lepas buat video call tadi dan juga kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya dalam temubual kepada Astro Arena selepas pertandingan.
Mark Swan dari England meraih tempat kedua dengan 145.5 mata, diikuti Innocent Nnamdi dari Nigeria (132.5 mata).