BORNEO FC Samarinda terus menunjukkan kesungguhan mereka dalam memperkukuhkan pasukan untuk menghadapi musim BRI Liga 1 Indonesia yang akan datang.

Terbaru, pasukan ini telah mengumumkan kehadiran pelatih baru, Khairul Nizam Mohd Taib, yang berasal dari Malaysia.

Langkah ini diambil sebagai usaha untuk meningkatkan barisan kejurulatihan Borneo FC dan meningkatkan prestasi penjaga gol mereka.

Pihak pengurusan Borneo FC melihat keperluan untuk menambah kepakaran dalam bahagian latihan terutamanya untuk posisi penjaga gol. Penandatanganan bekas staf kejurulatihan TRW Kelantan FC merupakan satu langkah strategik yang diharapkan dapat membawa perubahan positif kepada prestasi Borneo FC.

 

November tahun lepas, jurulatih antarabangsa Asia, Raja Isa Raja Akram Shah dan bersama Khairul Nizam berkelana di Conakry, ibu negara Guinea bagi memanfaatkan peluang untuk mencungkil bakat terbaik dari Twin Stars Academy of Guinea untuk membolehkan mereka memiliki kontrak profesional.