BUNGARAYA 7s (BR7s) muncul juara Kejohanan Ragbi Diraja Perlis 7 Sepasukan 2022 yang telah berlangsung pada 27 hingga 29 Mei 2022 di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis.

Pada perlawanan akhir Cup, BR7s berjaya menewaskan Pasukan Jitra Old Boys dengan mata 19 – 0 dan mengekalkan rekod tanpa bolos sepanjang dua hari kejohanan itu berlangsung.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh DYMM Tuanku Raja Perlis kepada pemenang.

Turut hadir menyaksikan perlawanan akhir tersebut adalah DYTM Raja Muda Perlis, DYTM Raja Puan Muda Perlis dan YAM Laksamana Perlis.