SELANGOR FC telah mengumumkan perpisahan kepada Brendan Gan, pemain tengah berusia 35 tahun, apabila kontraknya dengan kelab itu tamat selepas akhir musim 2023.
“Seorang wira kepada banyak orang dan salah seorang yang paling hebat untuk memakai Merah dan Kuning, mengucapkan selamat tinggal. Kisah cinta bola sepak untuk kepimpinannya, untuk semangatnya, untuk keberaniannya, untuk kerendahan hatinya, untuk kemanusiaannya, untuk menjadi lambang inspirasi, untuk pelukannya terhadap Selangor, untuk menjadi THE kapten #RedGiants
“Melalui segala kejayaan dan kesusahan yang kami lalui bersama. Kisah cinta kami akan sentiasa #ForeverRed.
“Brendan Gan Seng Ling. Terima kasih,” kata kenyataan rasmi Selangor FC.
A hero to many and one of the greatest to don the Red and Yellow, bids farewell. A footballing love story that was witnessed 80 times in four years, for 14 scoring moments, for 12 assists, for his leadership, for his passion, for his bravery, for his humility, for his humanity,… pic.twitter.com/V0CpmW9C3H
— Selangor FC (@selangorfc) February 1, 2024
Brendan berpindah dari Perak FC ke Selangor pada 2020 dan membuat 80 penampilan, melakar 14 jaringan dan 12 assist.
Di samping itu, Selangor FC juga merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada lima pemain, Ayron Del Valle, Yazan Al-Arab, Boakye-Yiadom, Rauf Salifu dan Zahril Zabri, selepas kontrak mereka turut berakhir.