PENGENDALI dan Pengurus Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari menganggap semua perlawanan adalah ujian sebenar buat pasukannya dan bukan hanya ketika berhadapan pasukan yang besar seperti Selangor FC.
Selepas membuat permulaan yang sempurna dalam Liga Super dengan empat kemenangan dari empat perlawanan dan berjaya menjaringkan 17 gol dengan bolos hanya sekali, Solari menjangkakan aksi yang sukar apabila bertemu skuad Gergasi Merah pada Jumaat.
Stadium MBPJ Kelana Jaya juga bukanlah venue yang memihak kepada JDT apabila tidak berjaya mencatat sebarang kemenangan dalam dua kunjungan ke sini pada musim lalu.
Skuad #GergasiMerah akan menerima kunjungan JDT FC dalam perlawanan #LigaSuper2023 seterusnya! Gemuruhkan sorakan di Stadium MBPJ! 🔴 🟡
⚽ Selangor FC 🆚️ JDT FC
🏟️ Stadium MBPJ
📅 Jumaat, 17.3.23
🕣 9:00PM🎫 Beli tiket #SELJDT : https://t.co/82t6MwMzef
Dikuasakan PKNS. pic.twitter.com/I6z6J9ZuXR
— Selangor FC (@selangorfc) March 14, 2023
“Setiap permainan adalah ujian sebenar buat kami. Bola sepak bukanlah sesuatu yang mudah kerana setiap perlawanan adalah cabaran dan pemain perlu bekerja keras untuk mendapatkan tiga mata.
“Selangor adalah pasukan yang baik dengan banyak pemain yang berkualiti. Mereka memberikan cabaran yang besar pada perlawanan akhir musim lalu. Ini adalah perlawanan yang besar tetapi kami suka tekanan ini dan ianya berikan motivasi tambahan buat kami.
“Saya tahu ianya pasti sukar dan satu perlawanan yang menarik untuk kami dan kami hanya akan bermain seperti biasa iaitu sentiasa menggerakkan bola dan bermain bola sepak yang berkualiti,” jelasnya menjelang aksi hangat itu.
Perlawanan antara Selangor dan JDT sentiasa mencuri tumpuan seluruh peminat bola sepak tempatan kerana ‘rivalry’ yang wujud di antara kedua-dua raja bola sepak negara ini menambah warna liga tempatan baik di dalam dan di luar padang serta di media sosial.
Harimau Selatan mempunyai rekod yang baik keatas Selangor dengan musim lalu menyaksikan JDT menang dua dan seri sekali dari tiga perlawanan serta menjaringkan lapan gol dan bolos hanya tiga kali.
Rekod pertemuan JDT dan Selangor pada 2022:
JDT 5-1 Selangor (Liga Super)
Selangor 1-1 JDT (Liga Super)
JDT 2-1 Selangor (Final Piala Malaysia)