TULAR video di Tiktok bekas penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dikatakan telah menukar kerjaya dan ‘jadi tukang masak’.

Dia yang kini bersama kelab The Rhinos kelihatan sedang memasak sebuah restoran di Sabah.

Bagaimanapun, maklumat yang FLASH SUKAN perolehi, restoran tersebut merupakan milik rakannya yang baru dibuka dan kedatangannya ke situ adalah ingin mempromosikan restoran tersebut.

 

@bonjr2000

Keras kehidupan der😂beras naik harga #fyp #sabahfc #khairulfahmichemat #sabahmajujaya #sabahfcfootball #radutatapradu🔵⚪🔴 #bonjr✌🏻 #viral #demimalaysia #foryou

♬ cinta sejati – 𝙧𝙖𝙣𝙣𝙯

 

Khairul Fahmi, 34, bukan nama asing kerana pernah membantu pasukan Harimau Malaya menjuarai Piala AFF Suzuki pada tahun 2012.

Dia pernah dinobatkan menjadi pemain terpenting ketika pasukan Kelantan memenangi tiga kejuaran liga domestik termasuk juara Piala FA, juara Liga Super dan Juara Piala Malaysia pada 2012.