PENYERANG Arsenal, Bukayo Saka dinobatkan sebagai Pemain Terbaik England pada Rabu.
Anugerah ini mengulangi kejayaan Bukayo Saka pada musim 2021/2022 untuk menjadikannya Pemain Terbaik Inggeris untuk dua musim berturut-turut.
Pemain berusia 22 tahun iitu berada di tempat teratas undian oleh peminat bola sepak di England. Bukayo Saka mengatasi Jude Bellingham yang menduduki tempat kedua dalam undian.
Selain itu, Bukayo Saka turut menewaskan undian yang diperoleh kapten pasukan kebangsaan England, Harry Kane yang berada di tempat ketiga.
Bukayo Saka is named England's Men's Player of the Year for the second straight year.
And on his birthday, no less 💫 pic.twitter.com/aNUIvYaG5a
— B/R Football (@brfootball) September 5, 2023
Saka telah merekodkan tujuh gol dalam 10 penampilan pada tahun lepas bermain untuk pasukan kebangsaan England.
Tiga daripada gol ini dijaringkan oleh Saka apabila dia menjaringkan hatrik pertama dalam kariernya ketika membantu England menang 7-0 ke atas Macedonia Utara dalam perlawanan Kelayakan Euro 2024 di Old Trafford, pada 19 Jun 2023.
Selain itu, Bukayo Saka turut menjaringkan tiga gol untuk pasukan kebangsaan England pada Piala Dunia 2022 di Qatar.
Dia menjaringkan dua gol kemenangan England 6-2 ke atas Iran pada peringkat kumpulan Piala Dunia 2022. Selain itu, Saka menjaringkan satu gol untuk kemenangan 3-0 England ke atas Senegal pada pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2022.
Saka juga sebelum ini berjaya dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik Tahunan yang dianjurkan Persatuan Pemain Profesional (PFA) pada Ogos.