SERAMAI 18 pemain ragbi kebangsaan disenarai di bawah program podium Majlis Sukan Negara (MSN) dan Ragbi Malaysia (MR) bagi menghadapi Temasya Sukan Asia Hangzhou, China dan Kejohanan Siri Ragbi Asia.

Skuad Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan yang dikenali Bunga Raya 7 (BR7) itu akan dikendalikan ketua jurulatih baharu, Ahmad Fadzlee Ahmad Idriss dan Nik Mohd Shahhiddan Mohd Zain sebagai penolong jurulatih.

Ahmad Fadzlee Ahmad Idriss dilantik ketua jurulatih baharu Bunga Raya 7.

Pengumuman BR7 dalam program podium itu berlangsung di Casa 4, Majlis Sukan Negara, menyaksikan pemain terpilih menandatangani kontrak MSN/MR.

Skuad yang akan diuruskan Dato Azaddan Abdul Aziz itu telah memulakan kem latihan pusat 26 Mac lalu sebagai persiapan awal untuk ke kejohanan jemputan antarabngsa, Kejohanan Sea 7’s (7-8 April) di Singapura dan di Thailand (13 -14 Mei).

18 pemain yang tersenarai dalam Program Podium, untuk ke Sukan Asia Hangzhou, China.

Barisan 18 pemain tersenarai itu berusia seawal 20 hingga 27 tahun.

Cabaran pertama Kejohanan Sea 7’s di Singapura bakal menyaksikan Malaysia bersaing dengan Thailand, Singapura, Filipina, Laos dan Taiwan.