NASIB dua pasukan ragi 7 sepasukan (7s) negara di Bangkok, Thailand, tampak suram pada hari pertama kejohanan apabila kedua-duanya tewas kepada lawan masing-masing, pada kejohanan Ragbi Asia Tujuh Sepasukan (Siri 1).
Bermula dengan Bungaraya Lelaki 7s, skuad bimbingan Mohd Saizul Hafifi memberi cabaran yang baik kepada Korea Selatan, sebelum tunduk 14-31.
Tujuh mata pertama skuad negara dirah menerusi Try dan Conversion Azwan Zuwairi, manakala tujuh mata lagi disumbangkan Malek Fadh yang melakukan Try manakala Converseion disempurnakan Suhairi Effendi.
Semua Try dan Conversion dilakukan pada separuh masa kedua perlawanan.
Bagi melengkapkan jadual Siri 1, Kejohanan Ragbi Asia 7 sepasukan, Bungaraya Lelaki akan menentang satu lagi lawan getir, menentang Jepun pada Ahad.
Dalam pada itu, skuad Bungaraya Wanita pula tidak mampu melawan apabila gagal mendapatkan sebarang Try ketika menentang China.
Pada perlawanan itu, skuad negara tewas 53 tanpa balas.
Esok satu lagi perlawanan getir menanti pemain Wanita negara iaitu menentang Hong Kong.
Namun, jika mereka mahu melakar sejarah menamatkan saingan di kedudukan empat terbaik, inilah peluangnya dan Bungaraya Wanita perlu menewaskan Hong Kong.