PARA penyokong setia Sang Kenari kini boleh menikmati kesedapan burger di Stadium Darul Aman selepas Syukor Burger tampil menjadi rakan rasmi kelab itu musim ini.
Menurut kenyataan Facebook KDA FC, dengan usahasama ini, Syukor Burger akan menawarkan pakej menarik buat penyokong di Stadium Darul Aman dengan pek burger premium dan air minuman berharga RM10.
“Anak muda usahawan ‘hustler’ Syukor Burger mula menempa nama sejak era PKP lalu apabila inisiatif pemilik Syukor Burger, Syukor Majid mampu menjana pendapatan bernilai jutaan ringgit melalui penjualan burger.
“Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan, kesanggupan Syukor Burger untuk menjadi Rakan Rasmi KDA FC bakal merentas usahasama perniagaan pertama seumpamanya dengan kelab bolasepak di Malaysia apabila mengubah persepsi burger stadium kepada burger premium ketika asyik menonton aksi bolasepak di Stadium Darul Aman,” jelas kenyataan itu.
Malah katanya, maklumbalas yang diterima dalam penjualan pertama pada aksi persahabatan pada Sabtu lepas jualan mencecah 2,000 pek dan tidak mencukupi, sutu sambutan cukup hangat namun menyelerakan penyokong yang hadir.
“Jangan risau anda akan ditawarkan lebih lagi produk makanan di Stadium Darul Aman bermula perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman pada 1, 4 dan 7 Mac 2023.
“Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar (pemilik kelab) tidak melepaskan peluang mencuba sendiri menyediakan burger buat anda di stadium sambil Syukor Majid memastikan burger disediakan cukup resepinya.
“Sokong Syukor Burger, seterusnya menjana pendapatan Sang Kenari! ,” katanya.