KELAB gergasi Thailand, Buriram United mencapai persetujuan untuk menandatangani Dion Cools, bintang pasukan kebangsaan Malaysia yang bermain sayap kanan, bek kanan dan bek tengah.

Cools,26, mengisi kuota ASEAN bagi mengukuhkan dan meningkatkan kepelbagaian permainan Buriram di sebelah kanan.

Sepanjang karier, Cools mewakili kelab Belgium, Club Brugge selama lima musim dan menjaringkan lapan gol. Pada musim 2019/20, dia bergabung bersama FC Midtjylland, pasukan terkenal dari Denmark. Di sana, dia bermain 56 perlawanan, menjaringkan satu gol dan memenangi juara liga Denmark.

Pengalamannya cukup luas apabila pernah bertembung pasukan terkemuka di dunia seperti Real Madrid, Manchester United, Liverpool, Leicester City, Borussia Dortmund, Ajax Amsterdam, Monaco dan FC Porto.

Untuk Malaysia pula, Dion Cools telah bermain dengan pasukan Harimau Malaya sebanyak 12 perlawanan, menjaringkan satu gol.

Pada peringkat remaja, dia pernah menjadi sebahagian daripada pasukan kebangsaan Belgium iaitu bawah 18 (B-18), B-19 dan B-21.