AKSI beregu campuran pada Kejohanan Badminton Dunia (BWF) di Gimnasium Metropolitan Tokyo diteruskan dengan persembahan dua wakil negara di pusingan kedua.

Gandingan ke-11 dunia, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing nyata bukan tandingan bagi pasangan Misha Zilberman-Svetlana Zilberman apabila tidak diberi sebarang tekanan sekaligus menang mudah 21-6 21-5.

Menariknya, pasangan adik beradik tersebut tampil tanpa jurulatih dan dilihat mampu tertawa serta begitu menikmati perlawanan tersebut meskipun beraksi pada pentas dunia.

Chen Tang Jie-Peck Yen Wei terpaksa akur dengan kehebatan beregu China, Wang Yi Liu-Huang Dong Ping apabila tewas rubber set 14-21 21-12 11-21.

Sementara itu, satu lagi wakil negara, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei pula gagal mempersembahkan aksi baik dalam set pertama apabila kerap melakukan kesilapan sekaligus tewas 14-21 kepada gandingan China, Wang Yi Liu-Huang Dong Ping.

Bagaimanapun, pasangan negara memperkemas serangan di set kedua dan mempamerkan pertahanan terbaik dengan kemenangan 21-12.

Dalam penentuan rubber set, gandingan ke-28 dunia itu seakan-akan kehilangan fokus dan ketinggalan jauh kepada pasukan lawan mengakibatkan beberapa ‘unforced errors‘ dilakukan.

Kian Meng-Pei Jing mudah menyingkirkan gandingan Misha Zilberman-Svetlana Zilberman 21-6 21-5.

Akibat ketinggalan terlalu jauh gandingan negara terpaksa akur kepada pasangan dari China itu apabila tunduk 11-21 di set terakhir.

Di pusingan ketiga, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing bakal menerima cabaran dari salah satu pemenang antara gandingan Denmark, Matthias Christiansen – Alexandre Boje atau beregu campuran Jepun, Kyohei Yamashita-Naru Shinoya esok.

Manakala, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saingan peringkat dunia kali ini apabila tersingkir seawal pusingan kedua kejohanan.