PERSEORANGAN harapan negara, Ng Tze Yong nyata mendapat suntikan semangat dari pingat perak yang dimenanginya di Sukan Komanwel Birmingham 2022 lalu apabila melakar satu lagi sejarah menewaskan juara Malaysia Masters 2022, Chico Aura Dwi Wardoyo dalam aksi sulung Kejohanan Badminton Dunia (BWF) 2022 di Tokyo.

Tze Yong jelas berada pada momentum terbaiknya apabila mempamerkan corak serangan bertenaga dengan menutup saingan set pertama 21-16 21-10.

Dominasi tersebut berterusan di set kedua setelah Chico Aura Dwi Wardoyo seakan kehilangan sentuhan asalnya apabila kerap melakukan kesilapan.

Tze Yong beraksi cemerlang di pusingan pertama menundukkan Chico Aura Dwi Wardoyo 21-16 21-10.

Peluang tersebut dimanfaatkan sebaik mungkin Tze Yong dengan melancarkan smash kencang bagi mengutip mata demi mata buat Malaysia.

Pemain kelahiran Johor Bahru itu menutup saingan di set kedua dengan kemenangan 21-10 sekaligus merupakan debut terbaik  Tze Yong bertemu Chico.

Aksi seterusnya, pemain berusia 22 tahun itu bakal menghadapi cabaran dari perseorangan Thailand, Sitthikom Thammasin yang memiliki ranking lebih baik darinya dalam pusingan kedua petang esok.