FOTO : Baseball Federation of Malaysia – BFM

 

SKUAD Baseball Malaysia yang menghuni dalam kumpulan B untuk Piala Asia Timur 2023, akan memulakan kempen pada hari pertama kejohanan itu dengan menentang negara kuasa besar, Filipina pada Khamis.

Ketua Delegasinya, Syed Redzal Sam Araya akui Filipina terlalu kuat untuk mereka tetapi ia adalah peluang untuk skuad muda negara merasai pengalaman.

“Mereka mempunyai beberapa pemain kelas dunia yang pemain kami boleh belajar daripadanya. Kami mempunyai peluang yang lebih baik apabila bermain dengan Singapura dan Kemboja dan fokus utama kami adalah untuk mendapatkan keputusan positif daripada kedua-dua perlawanan itu,” katanya.

Jurulatih pasukan telah mengumumkan 16 pemain untuk membawa cabaran dan bergantung kepada pemain teras berpengalaman dan kemungkinan besar Syamier Zulafif Syamier Zul Afif akan menjadi peneraju.

Terdapat sedikit kejutan apabila jurulatih menamakan pemain veteran, Ahmad Hafeez Ahmad Hafeez dan beberapa muka baharu dalam senarai yang dibawa ke Bangkok, Thailand.