BINTANG bola sepak, Cameron Beckles berada dalam keadaan kritikal selepas pengsan semasa perlawanan.
Pemain Corinthian FC itu jatuh sakit semasa perlawanan menentang Larkfield & New Hythe FC pada Sabtu.
Beckles segera dirawat oleh fisioterapis dari kedua-dua pasukan sebelum dibawa ke Hospital Maidstone.
Akibat kejadian tersebut, perlawanan dihentikan pada keputusan 1-1 di pertengahan separuh masa kedua.
Beckles kemudian dipindahkan ke hospital di London dan menjalani pembedahan pada petang itu sebelum menjalani pembedahan lanjut pada Ahad.
Skuad Corinthian telah mengesahkan Beckles dalam keadaan stabil tetapi masih kritikal di media sosial.
— Corinthian FC (@CorinthianFC) November 27, 2023
Kelab itu dalam satu kenyataan menulis: “Pada minit ke-40 perlawanan Piala Senior Kent kami di Larkfield dan New Hyth, pemain kami Cameron Beckles rebah. Pihak pengurusan, pemain dan khususnya fisioterapis kedua-dua pihak bertindak pantas dan profesional, dan kami mengucapkan terima kasih kepada Larkfield untuk itu.”
“Cam dibawa dengan ambulans ke hospital Maidstone dan kemudian dipindahkan ke hospital London untuk pembedahan pada malam Sabtu. Dia kemudiannya memerlukan pembedahan lanjut pada petang Ahad dan kini dalam keadaan stabil tetapi kritikal dan akan terus dipantau dengan teliti dalam tempoh 48 jam akan datang.”
“Ingatan dan doa kami buat Cam dan keluarganya, dan kami sebagai kelab bola sepak terus menyokong mereka dalam apa jua cara yang kami boleh. Perlawanan, yang sama pada 1-1, telah dihentikan dan akan dimainkan semula pada tarikh akan datang.”
“Perlawanan liga kami dengan Stansfield hujung minggu ini juga telah ditangguhkan. Kami akan memberikan maklumat terkini apabila keluarganya mahu maklumat ini dikongsi.”
Kelab Croydon FC turut menulis di media sosial mendoakan pemain itu segera pulih dengan menulis: “Semua di Croydon FC berharap Cameron Beckles pulih dengan segera. Fikiran dan doa kami kepada anda dan keluarga anda.”
Antara kelab lain yang turut mendoakan pemulihan Beckles termasuklah Cray Valley PM FC, Royston Town FC dan Faversham Town FC.