EJEN kepada Joao Cancelo kini dikatakan sedang mengadakan perbincangan dengan kelab gergasi Sepanyol, Barcelona mengenai perpindahan pemain itu ke kelab berkenaan pada musim panas ini.

Barcelona dianggap berada dalam masa yang tepat untuk mengambil pemain bek kanan yang bersesuaian dengan Cancelo.

Namun begitu, krisis wang yang berlaku dalam kelab tersebut menjadi penghalang untuk membeli mana-mana pemain pada musim panas ini.

Sebagai rekod, Cancelo dipinjamkan ke Bayern Munich dari Manchester City pada Januari lalu dan telah membuat sebanyak 12 penampilan Bundesliga untuk kelab Jerman itu.

Bayern juga dinyatakan tidak akan menandatangani Cancelo secara kekal pada musim panas dan hal ini mendesaknya untuk mencari kelab lain bagi musim 2023-24.