KEHILANGAN takhta nombor satu dia gara-gara tidak beraksi beraksi selama empat bulan, Carloz Alcaraz melaungkan amaran akan mengambil alih semula statusnya itu daripada bintang tenis Serbia, Novak Djokovic.
Kegagalan beraksi akibat kecederaan dialami, Alcaraz akan kembali dengan memulakan kempen dengan Terbuka Argentina,.
Pemain remaja Sepanyol itu menduduki ranking teratas ATP pada September lalu, selepas menang gelaran pertama Grand Slam di Terbuka Amerika Syarikat (AS), namun masalah otot perut di Paris Masters pada November mmenyebabkan pemain berusia 19 tahun itu tidak dapat beraksi.
Selama 20 minggu dia berada di tangga teratas dunia, kini Alcaraz jatuh ke tangga kedua berdasarkan kemaskini ranking ATP Januari lalu, selepas Djokovic memenangi Terbuka Australia.
“Sudah lama tidak beraksi sejak saya berada d nombor satu dunia,” kata Alcaraz yang memulakan aksi di Beunos Aires, menentang pemain Serbia, Laslo Djere, pada pusingan kedua.
“Sasaran saya adalah merampas semula kedudukan nombor satu dan cuba melakukan yang terbaik di kejohanan ini. Sememangnya saya bersedia.”
Begitupun, dia enggan meletakkan sasaran terlalu tinggi kerana bimbang dibebani tekanan pada aksi pertama sejak November tahun lalu.
Namun dia yakin berada dalam keadaan terbaik untuk menghadapi pemain terbaik dunia. -Reuters