DUA pelumba utama EF Education-EasyPost, Simon Carr dan Jefferson Cepeda Oritz bakal mengetuai cabaran pasukan UCI World Tour ke perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) untuk menebus kehampaan yang terpaksa dialami, tahun lalu.
Carr, pemenang peringkat kelima perlumbaan Tour de Alps pada April 2023, dan Cepeda – yang mengungguli gelaran Pelumba Muda Terbaik ketika perlumbaan Giro di Sicilia tahun lalu – bakal memikul teraju cabaran
untuk memastikan pasukan EF Education-EasyPost membawa pulang gelaran juara pada LTdL kali ini.
EF Education-EasyPost dinafikan hak selaku pasukan terunggul setelah sekadar menamatkan LTdL tahun lalu di tangga kedua, tumpas kepada Pasukan Movistar yang menurunkan pelumba handalan seperti Ivan Sosa.
“Tahun ini agak baik kerana terdapat dua pelumba utama iaitu Simon Carr dan Jefferson Oritz.
“Gelaran Pelumba Muda Terbaik ketika perlumbaan Giro di Sicilia tahun lalu bakal memikul teraju cabaran
untuk memastikan pasukan EF Education-EasyPost membawa pulang gelaran juara pada LTDL kali ini.
“Tahun lalu di tangga kedua, tumpas kepada Pasukan Movistar yang menurunkan pelumba handalan seperti Ivan Sosa,” jelas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail ketika ditemui media semasa Majlis Perasmian Le Tour de Langkawi 2023 dari 23 hingga 30 Ogos melibatkan 8 peringkat.
Kerajaan negeri Terengganu bersetuju untuk menaja salah satu peringkat Le Tour De Langkawi musim ini – Datuk Ahmad Shapawi Ismail#ltdl2023 pic.twitter.com/HRDBF6BG05
— Flash Sukan (@FlashSukan) August 24, 2023
Bagaimanapun, laluan Pasukan EF Education-EasyPost dijangka tidak mudah setelah satu pasukan UCI World Team, Astana Qazaqstan dari Kazakhstan juga bakal menampilkan barisan pelumba terbaik mereka untuk edisi perlumbaan LTDL kali ini.
Kali ini ialah 11 pasukan benua UCI, termasuk Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) yang menampilkan Aiman Zariff, pemenang Jersi Raja Bukit buat kali kedua berturut-turut sejak 2020 serta Jambaljamts Sainbayar yang dinobatkan sebagai Pelumba Terbaik Asia LTDL 2022.
Skuad berbasikal lebuhraya Malaysia yang diasuh oleh jurulatih, Mohd Yusuf Abdul Nasir melengkapkan jumlah 22 pasukan bertanding di LTDL kali ini.
Daripada aspek penganjuran, Majlis Sukan Malaysia memberikan jaminan telah berjaya memperoleh penajaan mencukupi bagi memastikan kelancaran perlumbaan lebih baik berbanding tahun sebelumnya.