KETUA Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon tampil memberikan respons susulan prestasi hambar kelab itu dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

“Keputusan beberapa perlawanan terakhir ini tidak boleh diterima. Ini bukan tahap Selangor FC yang sepatutnya.

Kelab menuntut lebih banyak daripada pasukan dan mereka tiada alasan untuk gagal di atas padang,” katanya dalam kenyataan yang dimuatnaik di laman kelab Selangor FC.

Merah Kuning mengalami satu lagi kekalahan kali ini kepada PJ City FC 1-0 dalam perlawanan di Stadium MBPJ Kelana Jaya, semalam.

Malahan, sejak dari awal permainan Ultras Selangor sudah menyanyikan lagu-lagu bernada makian dan cemuhan kepada pemain dan pengurusan yang masih gagal mencari kemenangan dalam empat perlawanan terakhir liga.