PEMAIN penyerang Bangkok United, Chananan Pombubpha menjadi bualan hangat apabila dikaitkan bakal sertai salah sebuah kelab Liga Super dari utara Liga Super menjelang pusingan kedua nanti.
Desas-desus mengaitkan bekas pemain skuad kebangsaan Thailand itu akan menyarung jersi Perak FC, namun ianya masih peringkat khabar angin.
Situasi itu dikuatkan lagi selepas prestasi terkini The Bos Gaurus di bawah bimbingan Datuk Lim Teong Kim tidak memberangsangkan dalam kempen liga termasuk tersingkir awal di peringkat pusingan pertama Piala FA.
“Dia akan datang dan bermain di Liga Malaysia. Beberapa pasukan dikaitkan dengannya ketika ini, tapi jangkaan saya ia dari utara semenanjung.
“Tunggulah pada pusingan kedua nanti,” kata sumber rapat kepada FLASH SUKAN pada Selasa.
Setakat ini, Perak memiliki pemain asing seperti Christian Obiozor dan Sunday Afolabi (Nigeria) serta Luciano Guaycochea (Argentina) dan trio Korea Selatan, Lee Joo-han, Seo Seonung dan Sim Hyun-ki.
Kehadiran Pombubpha mungkin sebagai jawapan penyelesaian isu kritikal di bahagian serangan Perak memandangkan kelab itu masih ada kuota awang import.