KETUA jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe menyifatkan aksi menentang Ratchaburi FC adalah pengalaman berharga buat pasukan khususnya sebagai persediaan mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) hujung bulan ini.

Berdepan salah satu kelab terbaik yang beraksi dalam Liga Thailand, Cheng Hoe melihat anak didiknya mempamerkan peningkatan sama ada pemain senior mahupun pemain muda.

“Kalau kita lihat secara keseluruhan perlawanan (Ratchaburi FC), corak permainan ada peningkatkan dari segi prestasi dan juga tahap kecergasan.

“Memang kalau kita lihat secara keseluruhan pasukan lawan kini berada dalam saínan (Liga Thai), kecergasan dan keserasian dikalangan pemain cukup baik.

Selangor FC kini sedang menjalani perlawanan persahabatan di Bangkok, Thailand.

“Bagi kami aksi ini cukup positif buat Selangor FC yang berdepan dengan salah satu kelab terbaik di Thailand,” katanya kepada FLASH SUKAN pada Khamis.

Mengulas aksi pemain ketika berdepan kelab yang diwakili Safawi Rasid, bekas pengendali Harimau Malaya ini melihat barisan pemain muda yang diturunkan memperolehi pengalaman berharga.

“Saya turunkan kesebelasan utama pada separuh masa pertama dan corak permainan seimbang, namun babab kedua peluang diberikan kepada pemain muda.

“Walaupun realiti keputusan (1-2) tidak memihak pasukan, tetapi saya lihat keyakinan serta kesungguhhan pemain muda dan semangat seumpama ini perlu diteruskan,” katanya.