KONTINJEN Chinese Taipei menaruh keyakinan tinggal untuk merangkul dua pingat emas pada edisi Sukan Paralimpik Paris 2024.
Ketua Kontinjen (CDM), Frank Chong berkongsi sasaran untuk melihat penguasaan emas dalam dua acara tumpuan iaitu ping pong dan taekwando.
“Tahun ini kami menyertai tujuh acara iaitu memanah, badminton, angkat berat, judo, olahraga, ping pong dan taekwando.
“Tiga daripada senarai itu kami sasarkan pingat iaitu emas untuk judo dan taekwando, manakala badminton tidak mengira warna.
“Sasaran ini dibuat selepas yakin dengan pencapaian cemerlang ketika aksi Sukan PAra Asia di Hangzhou tahun lalu yang menyaksikan kami meraih empat emas, empat perak dan empat gangsa.
“Selepas itu, dalam tempoh lebih kurang setahun kami terus membuat persiapan dengan menyertai pelbagai kejohanan antarabangsa,” jelasnya kepada FLASH SUKAN ketika Majlis Makan Malam Majlis Paralimpik (NPC) Chinese Taipei di Kedutaan Chinese Taipei Paris pada Rabu.
Tambah Frank, tahun ini berbeza berbanding edisi-edisi sebelumnya memandangkan mendapat sokongan penuh daripada kerajaan.
“Buat pertama kalinya dalam tempoh dua dekad menyertai Sukan Paralimpik ini, kami telah mengadakan latihan pusat buat semua atlet dengan fasaliti latihan yang lebih baik. Ia sangat penting. Begitu dengan persiapan mental.
“Apa yang lebih menarik, Presiden NPC kami, Dr Mu Ming-Chu juga telah berjanji untuk menaikkan lagi hadiah insentif kepada pemenang medal, lebih kurang sama dengan atlet Olimpik,” jelasnya.
Selain itu Frank mengakui hubungan baik Dr Mu bersama Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin antara faktor yang menyumbang kepada beberapa perubahan dalam NPC Chinese Taipei.
“Mereka saling berhubung dan bekerjasama dalam menambahbaik untuk atlet dan sukan para bagi kedua-kedua negara”.
Sebagai rekod, pada edisi Tokyo 2020, Chinese Taipei hanya meraih gangsa dalam acara ping ping perseorangan wanita, Tein Shiaw-Wen.