FOTO : Fong Wan Hor

NAIB Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Chef de Mission Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia ke-19 Hangzhou 2022, Datuk Dr Chong Kim Fatt membuat kunjungan hormat kepada H.E. Raja Randhir Singh, Pemangku Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Ahli Kehormat IOC di India, di Gelanggang Skuasy Pusat Sukan Olimpik Hangzhou pada Khamis.

“Bagi pihak MOM, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada H.E. Raja Randhir Singh atas sokongan berterusan beliau terhadap Pergerakan Olimpik di Malaysia.

“Saya juga menyampaikan salam hormat daripada Presiden kita, Tan Sri Dr. Norza Zakaria, kepada H.E. Raja Randhir Singh,” kata Kim Fatt.

Di akhir kunjungan hormat ringkas, Kim Fatt menyampaikan pin peringatan Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia ke-19 kepada H.E. Raja Randhir Singh.