PEMAIN popular dunia, Cristiano Ronaldo menjaringkan gol pertama peribadinya sejak menyertai Al Nassr menerusi penalti minit akhir untuk memastikan kedudukan seri 2-2 ketika menentang Al Fateh dalam perlawanan Liga Pro Saudi pada Jumaat.
Ronaldo yang berusia 37 tahun itu serta pemenang lima kali anugerah Ballon D’Or winner menyempurnakan penalti tiga minit sebelum tamat selepas gagal menemui jaring sejak melakukan debut bulan lalu.
Dia yang menggegarkan arena bola sepak dunia apabila berhijrah ke Arab Saudi telah menandatangani kontrak selama dua tahun setengah pada Disember 2022 bernilai €200 juta menjadi tumpuan seluruh peminat untuk melihat aksinya di Al Nassr.
Happy to have scored my first goal in the Saudi league and great effort by whole team to achieve an important draw in a very difficult match! 💪🏼
💛💙 pic.twitter.com/3Ll56WrkWn— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) February 3, 2023
Menerusi ciapan di laman Twitter peribadinya, dia jelas gembira dengan jaringan itu dan memuji usaha rakan-rakan sepasukannya untuk mencapai keputusan yang positif itu.
“Gembira untuk menjaringkan gol pertama saya di Liga Saudi dan usaha yang baik daripada seluruh pasukan untuk mendapat keputusan yang penting ini dalam perlawanan yang sukar,” tulisnya.
Dengan keputusan seri ini, Al Nassr kini kekal di tangga teratas liga dengan terikat 34 mata bersama pencabar Al Shahab selepas 15 perlawanan dan mempunyai satu perlawanan dalam tangan sebelum bertemu Al Wehda di laman lawan pada Khamis.