CRISTIANO Ronaldo terus melakar kejayaan peribadi ketika membantu Al-Nassr menewaskan Al-Rayyan 2-1 dalam aksi Liga Juara-Juara Elit Asia.

Sadio Mane meletakkan Al-Nassr di depan sebelum rehat, dan Ronaldo menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-76.

Walaupun Al-Rayyan merapatkan jurang menerusi Roger Guedes di akhir permainan, Al-Nassr berjaya mempertahankan kelebihan hingga wisel penamat.

Ronaldo kini sudah meledak tujuh gol dalam lapan perlawanan untuk Al-Nassr di semua pertandingan musim ini.

Namun kali ini Ronaldo mengubah cara dia meraikan jaringan. Dia hanya menunjuk ke langit berbanding melakukan lompatan ‘Siuuu’. Jaringan itu dihadiahkan kepada mendiang bapanya.

Cristiano Ronaldo menjaringkan lebih banyak gol di usia 30-an. (Sumber Gambar: Reuters)