PROGRAM Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Perak FC menyantuni bekas pemain bola sepak negeri itu, Md Nor Ismail di Gopeng pada Jumaat.

Md Noor sebelum ini dilaporkan menghadapi strok sejak empat tahun lalu.

Dalam lawatan sama, pihak pengurusan Perak FC bersama-sama beberapa orang pemain juga menyantuni Rumah Anak Yatim Darussalam yang terletak di Tambun, Perak.

“Sumbangan dalam bentuk bahan keperluan asas dan wang tunai dihulurkan kepada Rumah Anak Yatim Darussalam dan Saudara Md Nor Ismail.

“Semoga sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada semua,” kata kenyataan Perak Football Club.

Perak FC tekad untuk terus membantu masyarakat setempat khususnya di sekitar negeri Perak pada masa yang akan datang menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat