KEJUARAAN Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Stadium Mini Teluk Intan berakhir pada petang tadi.

Saingan perlumbaan CP150 menyaksikan pelumba Petronas Sprinta Yamaha – CKJ Racing, Md Akid Aziz mengesahkan kemenangan bagi Pusingan 4 musim ini dengan catatan masa 15’52:420s.

“Minggu ini memang bukan mudah, kita tidak dapat pelarasan yang baik, namun hari ni bertambah baik tetapi masih bukan sepenuhnya.

“Perlumbaan tadi agak tertekan tapi saya cuba ubah cara tunggangan kerana jentera agak susah untuk dikawal, saya perlu melakukan sesuatu untuk kekal di hadapan.

“Saya tahu Afif lebih bagus daripada saya, mungkin berat badan saya lebih ringan jadi ada kelebihan untuk saya kali ini,” kata pelumba berusia 26 tahun itu.

Rakan sepasukan Afif, Ahmad Afif Amran mengambil tempat kedua dengan catatan masa 15’52:535s manakala tempat ketiga milik Kasma Daniel Kasmayudin dari Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, 15’53:418s.