PELUMBA Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Md Aliff Danial Md Asri mencipta rekod sebagai pelumba terpantas di Pusingan 6 Kejuaraan Malaysian Cub Prix 2023 yang berlangsung di Teluk Intan, Perak.

Dengan catatan masa 49:535s pada sesi warm up dan 49:631s pada sesi kelayakan, Aliff tidak dapat menahan keterujaan untuk mengekalkan rekod tersebut pada Pusingan 4.

“Persiapan saya menuju Pusingan 4 hujung minggu ini adalah memperkuatkan mental saya serta fizikal bagi menebus kesilapan tahun lepas di sini,” kata Aliff yang meraih P5 dalam perlumbaan di Teluk Intan ketika itu.

Sejak menyertai kategori CP125 pada 2020, Aliff telah banyak belajar daripada pelumba-pelumba senior dan mengubah cara tunggangannya dalam trek.

“Bagi saya, pesaing yang ada pada tahun ini tidak terlalu banyak, jadi saya akan cuba sedaya upaya untuk berada dalam kedudukan 3 terbaik,” ujarnya.

Berbekalkan pengalaman selama empat tahun dalam kategori CP125, Aliff memasang impian tinggi dan percaya mampu mencapainya.

“Kembali ke Teluk Intan, sudah tentu saya sasarkan catatan masa terpantas sekali lagi. Bukan itu sahaja, saya juga yakin saya dapat memastikan tempat di podium,” tambahnya.