KEJUARAAN Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Permotoran Terengganu berakhir pada petang Sabtu.
Saingan perlumbaan CP150 menyaksikan pelumba Honda Estremo Yuzy Racing, Azroy Hakeem Anuar mengesahkan kemenangan bagi Pusingan 6 musim ini dengan catatan masa 16’20:880s.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih yang sebesar-besarnya kepada pasukan saya. Mereka tidak pernah berputus asa dalam mencari pelarasan terbaik untuk jentera saya.
“Saya juga sentiasa memberikan 100 peratus apabila berada di atas motor. Dalam perlumbaan tadi, Akid memang sangat laju, dan saya terpaksa mengikutnya dari belakang. Dalam fikiran saya, mungkin kali ini saya hanya mampu mencapai P2.
“Namun, pada penghujung perlumbaan, Akid mula memperlahankan jentera, dan saya tidak pasti apa yang terjadi kepadanya. Dalam dua pusingan terakhir, dia melakukan kesilapan di chicane turn, dan saya mengambil kesempatan untuk memintasnya.
“Mungkin rezeki berpihak kepada saya hari ini, dan saya sangat gembira. Kini, kami akan fokus kepada perlumbaan seterusnya,” katanya selepas perlumbaan
Petronas Sprinta Yamaha – CKJ Racing, Md Akid Aziz mengambil tempat kedua dengan catatan masa 16’22:324s. Di tempat ketiga adalah Petronas Sprinta Yamaha – CKJ Racing, Md Akid Aziz dengan catatan masa 16’26:933s.